Nuffnang Ads

Friday, 20 January 2017

Graduation Day Tadika Naluri Kreatif 2016

Eh...eh...Dah graduated from kindergarten....Rasa macam tak percaya si kenid ku dah habis tadika

Tadika Naluri Kreatif ni ada beberapa cawangan, so sukan dia, field trip , concert dan graduation depa buat sekali.Kali ni graduation buat dekat U-space Shah Alam...jenuh juga la kami from this side of town nak ke sana pagi-pagi but best part selalunya memang management tadika ni sediakan sarapan utk ibubapa bila ada main event sekolah then lunch...(menu dia memang sentiasa best)

Bila anak semua boys, yang last ni girl memang lain la dia punya excited. Yaya pesan kena makeup cantik2, kena pakai riben merah, kena pakai tudung hitam...knowing me, semua dah ada tersedia kat rumah...
Yaya, cakap kali ni dia masuk Choral speaking...mama dia ni, bukan la tahu sangat apa choral speaking ni sebab masa zaman kami dulu takde choral speaking ni...
Bila turn dia bercakap depan mic, waaahhh..rasa la sangat kembang lubang hidung (bangga) + sayu (sebab anak dah besar, mama dah tua )

I was really impressed with the children , pandai cikgu-cikgu diaorang train them. And they were very brave to talk to the mike, very confident indeed.
the 6 year old gang from left- Nuraym, Zara, Amani, Yaya (she's the smallest in the group)
The whole choral speaking gang.

Masa yang di tunggu dah tiba untuk ambil scroll....tetiba jer rasa anak kita jer la yang comelkan...bahahaha....En. Hubby seperti biasa la..cair la bila dia tengok anak dara kenid dia
Duduk tunggu ambil graduation certificate.Cikgu Nor and Cikgu Fatin


Cuma satu jer yang tak berapa best....since depa buat sekali dengan Tadika Naluri from different centre memang agak lama la anak-anak ni nak tunggu giliran diaorang buat persembahan. Ada centre yang buat banyak sangat persembahan..Should stick to 1 persembahan untuk satu kategori umur, ini ada yang buat 3 untuk setiap kategori umur....kesian anak-anak ni...macam cikgu depa cakap ,kejap kejap tanya, "dah ke cikgu, dah ke cikgu..."

Maybe in the near future, kena take into consideration jugak kut jangan la lama sangat kesian budak-budak especially bagi parents yang bawa anak-anak lain, jadi tak ter control kebosanan anak-anak yg tak ambil bahagian.

All and all...Good job teachers!! You all are the best..anak-anak Tadika Naluri Melawati memang sangat berdisiplin, well behave..

Love,

xxooxx saya-Shuq

Thursday, 19 January 2017

Surviving 2 weeks of 5 school going children

Macam la first time anak pergi sekolah kan.....

Sebenarnya tahun persiapan sekolah agak last minute sebab pitih agak kurang so banyak benda beli in November l. All these years, barang sekolah beli sikit-sikit start dari bulan September- December , jadi tak la rasa beban. Lagi satu sebab cuti sekolah December tahun lepas agak pendek hanya 5 minggu jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Pejam celik dah buka sekolah....mau tak bersilat mamanya.

Ada juga beberapa perubahan nak di buat kat rumah ni...ye lah...ada 3 orang nak ambil exam..kena start awal la 

Mula-mula bab kemas rumah. Bilik son no 3 & 4 dah siap re-arrange furniture sebab nak include baju dan barang sekolah princess juga dalam bilik abang...yelah takkan la semua nak letak dalam bilik Mama&Papa ya...(yup she still sleeps with us)

chop nama macam kat office


Faham -faham je la bila buka sekolah, mesti kena tulis nama satu persatu dekat buku.Lupa pulak siapa bagi tips ni tapi ai dah terapkan dah beberapa tahun. Ai buat chop nama...pergi tempah dekat Weststar dalam 1 minggu siap. Chop ajer la dekat buku buku tu...Yang kecik pun boleh buat...seronok juga la anak-anak bila sesi chop nama kat buku ni.

Kedai alat tulis Mama (heheehe)
Saban tahun memang pencil, pen, sharpener, pemadam, colour pencils memang asyik hilang semedang...Tak larat nak keluar mala-malam buta cari pencil jadi ai buat macam kedai kecik..apa-apa carik jer dalam tu. Simpan stok banyak-banyak sekaligus...senang.

Bulletin board
Ini bingkai gambar yang dah diubahsuai, letak tali guni...taraaa...jadi la tempat letak surat dari sekolah, notis, jadual kelas...senang nak tengok...

Luq ambil UPSR, sekolah dah siap buat bacaan basin Jumaat 1st week of school, last weekend penetapan target UPSR...rasa sesak nafas jugak la tengok syllabus dan belek buku teks dia...macamana la Mama nak ajar aras tinggi ni....*sigh*

Abang Ngah ambil SPM, dah start ambil one to one tutir utk dia semula bila dah ada budget lebih sikit ni...tengah tunggu respond dari satu lagi home tuition boleh masuk ke tidak....parah jugak kalau nak cari tempat lain...mana nak cekau....huhuhu

Abang Yong, tak lepas paper micro economy, dapat sipi saja utk clear...kena re-sit paper. Semester ni agak pendek jadi dia ada masa 1 bulan sahaja nak pulun kaw -kaw macro economy...

Mama kena monitor semua....buka buku macam nak pergi sekolah balik...

Bertabah la duhai hati....

Insyaallah semoga di permudahkan....

Love, xxxooxx saya-shuq


Wednesday, 18 January 2017

2017- New Year, new Adventure

2016.

Mengimbau kembali tahun 2016, bila dah nak dekat pengakhiran tahun banyak pulak la insiden-insiden yang berjaya membuka mata atau menyedarkan ai dari lena yang panjang especially bab -bab friendship , cita-cita, keluarga, anak-anak dan alam akhirat

Rasanya bila menghampiri "5 series" ni  ramai la pulak kawan-kawan macam kembali berperangai macam budak kecik...ala-ala macam masih di asrama walau anak-anak dah mula meningkat remaja. 

Time ni juga la anak-anak remaja dah mula ada episod cintan cintun..kalau kena anak2 ni berkawan dari kecik lalu "ter- suka" lalu "ter -jatuh cinta" lalu "ter - couple"...masa ni la " persahabatan " mak ayah di uji....Bila bab ni memang sakit sikit...terutama yang jadi orang tengah macam ai....dua-dua pun kawan, yg satu mengadu telinga kiri dan yang satu lagi mengadu telinga kanan...fuhhh...menyinga jugak la jadinya...kalau satu lepas tangan, satu tak boleh terima kritikan...Yang teruknya orang duduk tengah-tengah....

Itu belum group Whats App (WA) lagi, macam-macam group Whats App. Tak puashati jer create WA group baru....Agaknya depa lupa, kita buat WA group utk merapatkan silaturrahim, menyambung ukhwah..bukannya nak divide and conquer...macam Napolean la pulak kan?

Anyway, bila usia nak nak hampir setengah abad, banyak anjakan paradigma yang perlu kita buat..acecece......( yo..yo.. o.. jer ayat) Age is just a number...hati tetap jiwa muda....(miahahaha- evil laugh)

2017

Time to make peace with your past- keep on moving forward



I masih berkemas rumah, walau dah dekat 2 tahun rumah siap renovate, mana taknya..masa kerja dulu takde masa sangat, anak-anak pulak rasa membesar begitu cepat so banyak la baju-baju lama dan kecik-kecik yang kena sort, discard, give away etc. Hari tu dah 1 bakul penuh dah bawa masa "Freemarket " and the sorting still continues.....Insyaallah soon clear la tu....(statement memujuk hati)

Oh ya, tahun ni all my 5 kiddos dah masuk sekolah harian, Ayong in college, hopefully dia lulus cemerlang untuk naik ke 1st year, Undergraduate bulan April nanti...
Yaya dah masuk standard 1....Mama& Papa rasa macam tak boleh move on dia dari Tadika...satu peralihan yang agak sukar bagi kami kali ni...ye la..mungkin sebab dia anak bongsu...sebak jer bila tengok dia pakai baju sekolah masa 1st day of school....

Belanja sekolah awal tahun ni.....memang la sangat banyak...Alhamdulillah En.suami dapat satu job, boleh la buat belanja beli kelengkapan sekolah anak dan yuran yang pelbagai kena bayar..kalau nak kira dah masuk kategori miskin bandar dah kami ni....bertabah la ...teruskan usaha...biasa la hidup ni ada pasang surut....

Tahun ni 3 ada exam penting. Final semester utk masuk University, UPSR dan SPM...semoga Mamanya tabah melalui..

Business kek dan kuih-kuih ai agar slow sikit awal tahun ni....ada orang order sentiasa datang mencurah-curah, ada yang kering skit macam ai ni...Insyaallah ..pelan- pelan kayuh...mungkin kena tukar strategi, mungkin kena belajar lagi atau mungkin kena belek balik buku dan nota yang dah diajar...INSYALLAH...rezeki masng-masing.

So year 2017...lets keep on rumble

Joget sikit

XX00XX saya-Shuq