Nuffnang Ads

Monday, 24 October 2016

Calong Beserah



Calong?  Apa tu? soalan yang saya terima tiap kali sebut makan calong.

Calong ni sangat sinonim dengan Beserah, kampung halaman saya di Kuantan, Pahang. Beserah ni kampung nelayan dan terletak ke arah utara sikit dari bandar Kuantan. Calong ni waktu pagi dalam pukul 10am pun dah ada di gerai-gerai tepi pantai Beserah. Kenapa pagi? sebab waktu ni biasa nelayan-nelayan ada yang dah pulang ke darat, jadi diaorang boleh terus makan selepas kepenatan di laut.Petang memang biasa la.....Best makan calong tepi pantai, dengan angin pantai menyapa muka, kena pulak air sirap sejuk....slurrpppp...best!! Calong ni ada cili atau orang Beserah panggil air lada special, macam makan soto, kena ada kicap cili dia, calong pun ada air lada dia...nak tahu macaman rasa? kena gi Beseroh la....


Apa istimewanya calong ni?

Calong ni simple jer, macam mee sup.Sup dia adalah dari air rebusan ikan. Yang istimewa tentang calong ialah "butir calong", isi ikan yang digentel kecil-kecil bersama tepung ubi dan di masukkan dalam kuah mee tadi. Tiada sayur yang ditambah dalam mee ni tapi beberapa jenis tauhu, daun bawang dan telur yg dipecahkan kedalam senduk dan di masak dalam sup yang mendidih di atas dapur.

Ini memang makanan kegemaran saya adik beradik sejak kecil dan sudah semestinya orang-orang Beserah.

Saya kongsikan resepi buat mee calong ni untuk penggemar calong dan juga sebagai rujukan anak-anak saya nanti bila diaorang nak masak .

Mee Calong

Bahan-bahan

250gm mee kuning/bee hoon (dicelur dengan air panas dan ditoskan airnya)
1 liter air rebusan ikan / tulang ayam
4 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih   (kisar)
2 cm halia
1 batang kayu manis
sedikit cengkih
Bunga lawang
2 biji buah pelaga

Cara-cara

Tumis bunga lawang,cengkih,kayu manis dan pelaga hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan air rebusan
Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa, masukkan "butitr calong" atau  bebola ikan dalam kuah yang sedang mendidih

Hidangkan bersama tauhu putih, tahu kosong, tauhu inti ikan(kalau suka), daun bawang dan telur.

SELAMAT MENCUBA!!

Love,

 saya- Shuq xxooxx

Sunday, 23 October 2016

Cake shop- La Maison de Sabrina, Taman Tun Dr. Ismail

Ramai kawan-kawan yang baru dapat tahu Shuq buka cake shop dekat Taman Tun dan sibuk bertanya lokasi di mana diaorang nak datang. Dengan berat hati bagitau, cake corner dah tutup....

Hari tu sewa corner kecik dalam cafe kawan sekolah rendah Shuq tapi lepas 2 minggu kawan Shuq  tu kata dia tak sihat.Dia jarang dah datang kedai, masa tu Shuq pulak dah sibuk tengok anak sulung, Ariff nak SPM kat Pengkalan Hulu. memang agak kerap la travel time tu. To cut long story short, rupanya they had some internal problem.

Bila discuss dgn En. suami, to cut our losses , dia kata keluar jer la. Management pun dah decide nak bagi orang lain manage, diaorang ajar Shuq stay tapi macam rasa tak berapa best la pulak, rasa penat travel ke Taman Tun pun ada jugak..Tak per la....(mode pujuk diri sendiri)

Rasa sayu jugak, sedih pun ada sebab masa tu dah ada newspaper nak datang interview..tak per la nak buat macamana...takde rezeki..terpaksa la call balik wartawan, minta maaf dan cancel interview...

Walau lepas tu cafe tu tukar nama dan banyak drama buat shooting situ...sayu...tapi Allah lebig mengetahui apa yg terbaik utk kita.

Back to home based

Insyaallah

Love,

XXOOX

Saturday, 8 October 2016

Coretan buat anak-anakku

Allah is great, he will bestowed his blessing and rezeki as long as you berusaha and patiently take your steps slowly but steady....have faith..things will change..Insyaallah

Few years back 2010..kami jatuh terduduk..Papa kena tipu dengan rakan niaga dia Dato' R,yg juga merangkap cousin Papa... dari CFO, Vice President dan salah seorang Pengarah dalam salah sebuah syarikat Multimedia & IP TV terus tiada apa-apa.

Masa tu Mama dah VSS Telco biro, masuk Telco Pink...hari2 jauh kena drive ke office, bila dapat tahu mengandung,  alami alahan yang cukup teruk kali ni dibandingkan dengan abang-abang . Sebab tak tahan dengan alahan, Mama pun berhenti kerja....masa ni la baru banyak tembelang pecah.

Duit syarikat disonglap waktu arwah Tok Mama sedang sakit dan bertarung dengan kanser di hospital. Dato R berkahwin dengan pelakon N,

Papa terus juga bekerja tapi Mama dah mula bising, eh lain macam saja ni...kita kena ikat perut tapi Dato R dan Datin selalu pergi bercuti keluar negara, tukar kereta mercedes baru, anak-ank Dato R pula dibelikan BMW seorang satu. Mama cakap dekat Papa, eh...awak ni kerja utk support lifestyle diaorang ke?

Rupanya, syarikat dah berapa bulan tak bayar gaji, nasib la ada sikit duit VSS Mama, boleh la tampung sini sana, sampai satu tahap Mama message Datin N di FB, minta Dato R bayar la gaji  Papa, dah berapa bulan takde gaji, dah la ai tengah mengandung...well..tiada respond la obviously.

Nak tampung belanja harian anak2, kami pun niaga nasi lemak, nasi dagang dan kuih-kuih tepi jalan, depan rumah. Mama yg dah terboyot- boyot perut ni niaga. Papa kadang tunggu gerai bantu Mama.

Hati isteri mana yg tak sedih tengok suami yg dulunya pergi kerja , ada driver datang jemput di rumah, bilik ofis yg berhawa dingin , duduk meniaga nasi lemak tepi jalan. Hanya Allah saja yg tahu macamana perasaan hati ni.

Alhamdulillah Allah berikan Mama anak-anak yg sangat memahami, tidak meminta yg lebih2, sangat membantu..kalau kurang laku jualan pada hari itu, biasanya kawan-kawan anak2 ku ada yg datang petang-petang makan nasi lemak.Kami berikan percuma sahaja sebab tahu ada yg lebih susah dari kami ketika itu.

Ya Allah duga ku sekali lagi "duit" kurang. Dulu suami yg pertama  tinggalkan Mama dgn anak2 dan cari orang lain utk hidup lebih senang. Adakah Mama akan lalui sekali lagi dgn perut juga memboyot kali ini?

Alhamdulillah...tidak dengan Papa....He was with us all the way. Dia tidak berhenti berusaha mencari nafkah utk kita..Dia join Unit Trust Consultant, sedikit demi sedikit kewangan kami mula kembali stabil. Dah habis pantang, Papa dapat tawaran dari salah satu Syarikat Multimedia baru, sebagai salah seorang Pengurusan tertinggi, dia juga dapat tawaran satu projek perundingcara....Tak lama kemudian Mama  pulak dapat tawaran kontrak kerja di Telco Oren.

Mama sujud syukur. Mama sebenarnya sayang nak tinggalkan baby ni nak kerja balik , tapi demi anak-anak ku buat juga dgn hati yg berbelah bagi...Tapi Mama tak menyesal sebab banyak pengalaman, pelajaran baru, rakan baru yg Mama temui selepas ini

So....in future , semoga anak-anakku membaca coretan ku ini... 

Remember.....

To keep on walking...the climb will be hard..any road you take will not be easy..there will be challenges, sweat and tears along the way...

but..

Have Faith, teruskan usaha dan berdoa...

To my children..you are my pillar of strength...love you all to the moon and back




Friday, 3 June 2016

6 bulan sudah berlalu

Diam tak diam dah masuk setengah tahun berlalu...cepatnya masa berjalan macam banyak benda lagi tak sempat nak buat.

Ariff dah habis SPM, so ok lah sikit kat rumah...told him kasi can la 2 tahun Mama nak melepas rindu, 5 tahu duduk MRSM, bila kena tukar ke Pengkalan Hulu tu memang sedih la sikit sebab dah tak boleh nak visit selalu macam masa ka Kuala Kubu...so sambung belajar dekat-dekat jer la ya..sambil tolong-tolong Mama.. Ariff ok jer...masuk INTI  College, ada gang, sekali dgn Batrisyia, Aidil pun selalu datang lepak lepas habis IB exam...

Hari Ahad hari tu our UiTM Law classmate Hafiz Sabri meninggal...sedih juga sebab arwah ni sangat friendly, baik dengan semua orang...belum kahwin....So atas inisiatif Asha kat Perlis, tercetus la Whatsapp group Law '91. Ironic kan? Death do brings us togather....

Bila dah berkumpul, memang berdenting-denting la bunyi phone..excited sebab dah dekat 20 memasing tak jumpa each other. Tik tak sabar terus suggest impromptu get together dekat office dia on 1 June 2016. Siapa yg free boleh la datang...at least satu permulaan.....

So kami pun berkumpul la dekat office Eskayvie...yup Tik Boss Besar Eskayvie, also owner Kartika&Co. Memang dah terserlah business minded dia since belajar lagi..dia pun memang top in the class....memang wajar la kan successful business lady...

Anyway...memang kecoh la office Tik. I masuk dekat pintu depan pun dah boleh dengar kecoh suara mak-mak & ayah-ayah budak ni...hahahaha..I sampai lambat sikit, ada la pulak client call nak jumpa time yg sama dengan appointment kitaorang, mau tak kelam kabut mana nak jawab phone , mana nak siapkan dessert...fuhh!!! berpeluh ...nasib baik Ariff takde kelas and Haziq cuti sekolah..boleh la tolong

Seperti biasa  la bila dah jumpa.."makan, minum, gelak, imbau kembali,gelak lagi dan ambik gambar..." wajib tu kitaorang dari dulu lagi gila bergambor....

Cer tengok gambar-gambar ni...ada gaya mak-mak orang ke? takde nya Lawyer serious...semua macam kanak-kanak Ribena...Azwan memang dari dulu sentiasa buat lawak..












Memang best bila jumpa kawan lama ni.Datin Nita pun sanggup drive turun dari Ipoh....gegak gempita gelak sakan...Yang best Wawa boleh ingat setiap major event dan ayat-ayat lawak kawan2...memori yg sungguh kuat...

Paling tak tahan , dia boleh ingat Henry kata dia suka makan babi jeruk masa sesi kenal-kenal hari pertama masuk kelas...adusss...sakit perut gelak

I balik last sekali, Tik tahan dia kata sebab I datang lambat....

Tahnk you Tik, satu perkongsian yang hebat...Thank you bagi motivation bila I sedikit hilang arah..its good to be around positive people..

Semoga Allah permudahkan urusan kami....Ada Pelangi berganda petang tu masa on the way balik rumah...


Satu petanda baik ya tak? There's a pot of gold at the end of the rainbow... Allah bagi pelangi selepas hari human utk ceriakan kita.....

Till next posting...


Shuq



Wednesday, 20 January 2016

Ending 2015 with a bang


Hello 2016!!!

Cepatnya masa berlalu, tup tup dah tahun baru...

Every year people make new resolutions, my new year resolution is to complete my 2015 resolution...bahahaha

My kiddos was asking me, where are we going this year, where are we going to celebrate our new year...last year we went to London&Paris, they enjoyed the colourful lights very much...meriah...

"Are we going to see any fireworks? We never got to see any fireworks her...said Iddin my no 4 son...

"Ok lets plan to do that shall we?"....

So here we are, at Bagasta Boutique hotel in KL...spending our new year with family and friends, having large portion of western dinner, pulut mangga, sotong celup tepung, apam pisang bakar...etc etc...yum yum yum...