Nuffnang Ads
Monday, 24 October 2016
Calong Beserah
Calong? Apa tu? soalan yang saya terima tiap kali sebut makan calong.
Calong ni sangat sinonim dengan Beserah, kampung halaman saya di Kuantan, Pahang. Beserah ni kampung nelayan dan terletak ke arah utara sikit dari bandar Kuantan. Calong ni waktu pagi dalam pukul 10am pun dah ada di gerai-gerai tepi pantai Beserah. Kenapa pagi? sebab waktu ni biasa nelayan-nelayan ada yang dah pulang ke darat, jadi diaorang boleh terus makan selepas kepenatan di laut.Petang memang biasa la.....Best makan calong tepi pantai, dengan angin pantai menyapa muka, kena pulak air sirap sejuk....slurrpppp...best!! Calong ni ada cili atau orang Beserah panggil air lada special, macam makan soto, kena ada kicap cili dia, calong pun ada air lada dia...nak tahu macaman rasa? kena gi Beseroh la....
Apa istimewanya calong ni?
Calong ni simple jer, macam mee sup.Sup dia adalah dari air rebusan ikan. Yang istimewa tentang calong ialah "butir calong", isi ikan yang digentel kecil-kecil bersama tepung ubi dan di masukkan dalam kuah mee tadi. Tiada sayur yang ditambah dalam mee ni tapi beberapa jenis tauhu, daun bawang dan telur yg dipecahkan kedalam senduk dan di masak dalam sup yang mendidih di atas dapur.
Ini memang makanan kegemaran saya adik beradik sejak kecil dan sudah semestinya orang-orang Beserah.
Saya kongsikan resepi buat mee calong ni untuk penggemar calong dan juga sebagai rujukan anak-anak saya nanti bila diaorang nak masak .
Mee Calong
Bahan-bahan
250gm mee kuning/bee hoon (dicelur dengan air panas dan ditoskan airnya)
1 liter air rebusan ikan / tulang ayam
4 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia
1 batang kayu manis
sedikit cengkih
Bunga lawang
2 biji buah pelaga
Cara-cara
Tumis bunga lawang,cengkih,kayu manis dan pelaga hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan air rebusan
Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa, masukkan "butitr calong" atau bebola ikan dalam kuah yang sedang mendidih
Hidangkan bersama tauhu putih, tahu kosong, tauhu inti ikan(kalau suka), daun bawang dan telur.
SELAMAT MENCUBA!!
Love,
saya- Shuq xxooxx
Labels:
makanan Pantai Timur,
recipe,
Resipi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment