Nuffnang Ads

Saturday, 8 October 2016

Coretan buat anak-anakku

Allah is great, he will bestowed his blessing and rezeki as long as you berusaha and patiently take your steps slowly but steady....have faith..things will change..Insyaallah

Few years back 2010..kami jatuh terduduk..Papa kena tipu dengan rakan niaga dia Dato' R,yg juga merangkap cousin Papa... dari CFO, Vice President dan salah seorang Pengarah dalam salah sebuah syarikat Multimedia & IP TV terus tiada apa-apa.

Masa tu Mama dah VSS Telco biro, masuk Telco Pink...hari2 jauh kena drive ke office, bila dapat tahu mengandung,  alami alahan yang cukup teruk kali ni dibandingkan dengan abang-abang . Sebab tak tahan dengan alahan, Mama pun berhenti kerja....masa ni la baru banyak tembelang pecah.

Duit syarikat disonglap waktu arwah Tok Mama sedang sakit dan bertarung dengan kanser di hospital. Dato R berkahwin dengan pelakon N,

Papa terus juga bekerja tapi Mama dah mula bising, eh lain macam saja ni...kita kena ikat perut tapi Dato R dan Datin selalu pergi bercuti keluar negara, tukar kereta mercedes baru, anak-ank Dato R pula dibelikan BMW seorang satu. Mama cakap dekat Papa, eh...awak ni kerja utk support lifestyle diaorang ke?

Rupanya, syarikat dah berapa bulan tak bayar gaji, nasib la ada sikit duit VSS Mama, boleh la tampung sini sana, sampai satu tahap Mama message Datin N di FB, minta Dato R bayar la gaji  Papa, dah berapa bulan takde gaji, dah la ai tengah mengandung...well..tiada respond la obviously.

Nak tampung belanja harian anak2, kami pun niaga nasi lemak, nasi dagang dan kuih-kuih tepi jalan, depan rumah. Mama yg dah terboyot- boyot perut ni niaga. Papa kadang tunggu gerai bantu Mama.

Hati isteri mana yg tak sedih tengok suami yg dulunya pergi kerja , ada driver datang jemput di rumah, bilik ofis yg berhawa dingin , duduk meniaga nasi lemak tepi jalan. Hanya Allah saja yg tahu macamana perasaan hati ni.

Alhamdulillah Allah berikan Mama anak-anak yg sangat memahami, tidak meminta yg lebih2, sangat membantu..kalau kurang laku jualan pada hari itu, biasanya kawan-kawan anak2 ku ada yg datang petang-petang makan nasi lemak.Kami berikan percuma sahaja sebab tahu ada yg lebih susah dari kami ketika itu.

Ya Allah duga ku sekali lagi "duit" kurang. Dulu suami yg pertama  tinggalkan Mama dgn anak2 dan cari orang lain utk hidup lebih senang. Adakah Mama akan lalui sekali lagi dgn perut juga memboyot kali ini?

Alhamdulillah...tidak dengan Papa....He was with us all the way. Dia tidak berhenti berusaha mencari nafkah utk kita..Dia join Unit Trust Consultant, sedikit demi sedikit kewangan kami mula kembali stabil. Dah habis pantang, Papa dapat tawaran dari salah satu Syarikat Multimedia baru, sebagai salah seorang Pengurusan tertinggi, dia juga dapat tawaran satu projek perundingcara....Tak lama kemudian Mama  pulak dapat tawaran kontrak kerja di Telco Oren.

Mama sujud syukur. Mama sebenarnya sayang nak tinggalkan baby ni nak kerja balik , tapi demi anak-anak ku buat juga dgn hati yg berbelah bagi...Tapi Mama tak menyesal sebab banyak pengalaman, pelajaran baru, rakan baru yg Mama temui selepas ini

So....in future , semoga anak-anakku membaca coretan ku ini... 

Remember.....

To keep on walking...the climb will be hard..any road you take will not be easy..there will be challenges, sweat and tears along the way...

but..

Have Faith, teruskan usaha dan berdoa...

To my children..you are my pillar of strength...love you all to the moon and back




No comments: