Nuffnang Ads

Friday, 20 January 2017

Graduation Day Tadika Naluri Kreatif 2016

Eh...eh...Dah graduated from kindergarten....Rasa macam tak percaya si kenid ku dah habis tadika

Tadika Naluri Kreatif ni ada beberapa cawangan, so sukan dia, field trip , concert dan graduation depa buat sekali.Kali ni graduation buat dekat U-space Shah Alam...jenuh juga la kami from this side of town nak ke sana pagi-pagi but best part selalunya memang management tadika ni sediakan sarapan utk ibubapa bila ada main event sekolah then lunch...(menu dia memang sentiasa best)

Bila anak semua boys, yang last ni girl memang lain la dia punya excited. Yaya pesan kena makeup cantik2, kena pakai riben merah, kena pakai tudung hitam...knowing me, semua dah ada tersedia kat rumah...
Yaya, cakap kali ni dia masuk Choral speaking...mama dia ni, bukan la tahu sangat apa choral speaking ni sebab masa zaman kami dulu takde choral speaking ni...
Bila turn dia bercakap depan mic, waaahhh..rasa la sangat kembang lubang hidung (bangga) + sayu (sebab anak dah besar, mama dah tua )

I was really impressed with the children , pandai cikgu-cikgu diaorang train them. And they were very brave to talk to the mike, very confident indeed.
the 6 year old gang from left- Nuraym, Zara, Amani, Yaya (she's the smallest in the group)
The whole choral speaking gang.

Masa yang di tunggu dah tiba untuk ambil scroll....tetiba jer rasa anak kita jer la yang comelkan...bahahaha....En. Hubby seperti biasa la..cair la bila dia tengok anak dara kenid dia
Duduk tunggu ambil graduation certificate.Cikgu Nor and Cikgu Fatin


Cuma satu jer yang tak berapa best....since depa buat sekali dengan Tadika Naluri from different centre memang agak lama la anak-anak ni nak tunggu giliran diaorang buat persembahan. Ada centre yang buat banyak sangat persembahan..Should stick to 1 persembahan untuk satu kategori umur, ini ada yang buat 3 untuk setiap kategori umur....kesian anak-anak ni...macam cikgu depa cakap ,kejap kejap tanya, "dah ke cikgu, dah ke cikgu..."

Maybe in the near future, kena take into consideration jugak kut jangan la lama sangat kesian budak-budak especially bagi parents yang bawa anak-anak lain, jadi tak ter control kebosanan anak-anak yg tak ambil bahagian.

All and all...Good job teachers!! You all are the best..anak-anak Tadika Naluri Melawati memang sangat berdisiplin, well behave..

Love,

xxooxx saya-Shuq

Thursday, 19 January 2017

Surviving 2 weeks of 5 school going children

Macam la first time anak pergi sekolah kan.....

Sebenarnya tahun persiapan sekolah agak last minute sebab pitih agak kurang so banyak benda beli in November l. All these years, barang sekolah beli sikit-sikit start dari bulan September- December , jadi tak la rasa beban. Lagi satu sebab cuti sekolah December tahun lepas agak pendek hanya 5 minggu jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Pejam celik dah buka sekolah....mau tak bersilat mamanya.

Ada juga beberapa perubahan nak di buat kat rumah ni...ye lah...ada 3 orang nak ambil exam..kena start awal la 

Mula-mula bab kemas rumah. Bilik son no 3 & 4 dah siap re-arrange furniture sebab nak include baju dan barang sekolah princess juga dalam bilik abang...yelah takkan la semua nak letak dalam bilik Mama&Papa ya...(yup she still sleeps with us)

chop nama macam kat office


Faham -faham je la bila buka sekolah, mesti kena tulis nama satu persatu dekat buku.Lupa pulak siapa bagi tips ni tapi ai dah terapkan dah beberapa tahun. Ai buat chop nama...pergi tempah dekat Weststar dalam 1 minggu siap. Chop ajer la dekat buku buku tu...Yang kecik pun boleh buat...seronok juga la anak-anak bila sesi chop nama kat buku ni.

Kedai alat tulis Mama (heheehe)
Saban tahun memang pencil, pen, sharpener, pemadam, colour pencils memang asyik hilang semedang...Tak larat nak keluar mala-malam buta cari pencil jadi ai buat macam kedai kecik..apa-apa carik jer dalam tu. Simpan stok banyak-banyak sekaligus...senang.

Bulletin board
Ini bingkai gambar yang dah diubahsuai, letak tali guni...taraaa...jadi la tempat letak surat dari sekolah, notis, jadual kelas...senang nak tengok...

Luq ambil UPSR, sekolah dah siap buat bacaan basin Jumaat 1st week of school, last weekend penetapan target UPSR...rasa sesak nafas jugak la tengok syllabus dan belek buku teks dia...macamana la Mama nak ajar aras tinggi ni....*sigh*

Abang Ngah ambil SPM, dah start ambil one to one tutir utk dia semula bila dah ada budget lebih sikit ni...tengah tunggu respond dari satu lagi home tuition boleh masuk ke tidak....parah jugak kalau nak cari tempat lain...mana nak cekau....huhuhu

Abang Yong, tak lepas paper micro economy, dapat sipi saja utk clear...kena re-sit paper. Semester ni agak pendek jadi dia ada masa 1 bulan sahaja nak pulun kaw -kaw macro economy...

Mama kena monitor semua....buka buku macam nak pergi sekolah balik...

Bertabah la duhai hati....

Insyaallah semoga di permudahkan....

Love, xxxooxx saya-shuq


Wednesday, 18 January 2017

2017- New Year, new Adventure

2016.

Mengimbau kembali tahun 2016, bila dah nak dekat pengakhiran tahun banyak pulak la insiden-insiden yang berjaya membuka mata atau menyedarkan ai dari lena yang panjang especially bab -bab friendship , cita-cita, keluarga, anak-anak dan alam akhirat

Rasanya bila menghampiri "5 series" ni  ramai la pulak kawan-kawan macam kembali berperangai macam budak kecik...ala-ala macam masih di asrama walau anak-anak dah mula meningkat remaja. 

Time ni juga la anak-anak remaja dah mula ada episod cintan cintun..kalau kena anak2 ni berkawan dari kecik lalu "ter- suka" lalu "ter -jatuh cinta" lalu "ter - couple"...masa ni la " persahabatan " mak ayah di uji....Bila bab ni memang sakit sikit...terutama yang jadi orang tengah macam ai....dua-dua pun kawan, yg satu mengadu telinga kiri dan yang satu lagi mengadu telinga kanan...fuhhh...menyinga jugak la jadinya...kalau satu lepas tangan, satu tak boleh terima kritikan...Yang teruknya orang duduk tengah-tengah....

Itu belum group Whats App (WA) lagi, macam-macam group Whats App. Tak puashati jer create WA group baru....Agaknya depa lupa, kita buat WA group utk merapatkan silaturrahim, menyambung ukhwah..bukannya nak divide and conquer...macam Napolean la pulak kan?

Anyway, bila usia nak nak hampir setengah abad, banyak anjakan paradigma yang perlu kita buat..acecece......( yo..yo.. o.. jer ayat) Age is just a number...hati tetap jiwa muda....(miahahaha- evil laugh)

2017

Time to make peace with your past- keep on moving forward



I masih berkemas rumah, walau dah dekat 2 tahun rumah siap renovate, mana taknya..masa kerja dulu takde masa sangat, anak-anak pulak rasa membesar begitu cepat so banyak la baju-baju lama dan kecik-kecik yang kena sort, discard, give away etc. Hari tu dah 1 bakul penuh dah bawa masa "Freemarket " and the sorting still continues.....Insyaallah soon clear la tu....(statement memujuk hati)

Oh ya, tahun ni all my 5 kiddos dah masuk sekolah harian, Ayong in college, hopefully dia lulus cemerlang untuk naik ke 1st year, Undergraduate bulan April nanti...
Yaya dah masuk standard 1....Mama& Papa rasa macam tak boleh move on dia dari Tadika...satu peralihan yang agak sukar bagi kami kali ni...ye la..mungkin sebab dia anak bongsu...sebak jer bila tengok dia pakai baju sekolah masa 1st day of school....

Belanja sekolah awal tahun ni.....memang la sangat banyak...Alhamdulillah En.suami dapat satu job, boleh la buat belanja beli kelengkapan sekolah anak dan yuran yang pelbagai kena bayar..kalau nak kira dah masuk kategori miskin bandar dah kami ni....bertabah la ...teruskan usaha...biasa la hidup ni ada pasang surut....

Tahun ni 3 ada exam penting. Final semester utk masuk University, UPSR dan SPM...semoga Mamanya tabah melalui..

Business kek dan kuih-kuih ai agar slow sikit awal tahun ni....ada orang order sentiasa datang mencurah-curah, ada yang kering skit macam ai ni...Insyaallah ..pelan- pelan kayuh...mungkin kena tukar strategi, mungkin kena belajar lagi atau mungkin kena belek balik buku dan nota yang dah diajar...INSYALLAH...rezeki masng-masing.

So year 2017...lets keep on rumble

Joget sikit

XX00XX saya-Shuq


Monday, 24 October 2016

Calong Beserah



Calong?  Apa tu? soalan yang saya terima tiap kali sebut makan calong.

Calong ni sangat sinonim dengan Beserah, kampung halaman saya di Kuantan, Pahang. Beserah ni kampung nelayan dan terletak ke arah utara sikit dari bandar Kuantan. Calong ni waktu pagi dalam pukul 10am pun dah ada di gerai-gerai tepi pantai Beserah. Kenapa pagi? sebab waktu ni biasa nelayan-nelayan ada yang dah pulang ke darat, jadi diaorang boleh terus makan selepas kepenatan di laut.Petang memang biasa la.....Best makan calong tepi pantai, dengan angin pantai menyapa muka, kena pulak air sirap sejuk....slurrpppp...best!! Calong ni ada cili atau orang Beserah panggil air lada special, macam makan soto, kena ada kicap cili dia, calong pun ada air lada dia...nak tahu macaman rasa? kena gi Beseroh la....


Apa istimewanya calong ni?

Calong ni simple jer, macam mee sup.Sup dia adalah dari air rebusan ikan. Yang istimewa tentang calong ialah "butir calong", isi ikan yang digentel kecil-kecil bersama tepung ubi dan di masukkan dalam kuah mee tadi. Tiada sayur yang ditambah dalam mee ni tapi beberapa jenis tauhu, daun bawang dan telur yg dipecahkan kedalam senduk dan di masak dalam sup yang mendidih di atas dapur.

Ini memang makanan kegemaran saya adik beradik sejak kecil dan sudah semestinya orang-orang Beserah.

Saya kongsikan resepi buat mee calong ni untuk penggemar calong dan juga sebagai rujukan anak-anak saya nanti bila diaorang nak masak .

Mee Calong

Bahan-bahan

250gm mee kuning/bee hoon (dicelur dengan air panas dan ditoskan airnya)
1 liter air rebusan ikan / tulang ayam
4 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih   (kisar)
2 cm halia
1 batang kayu manis
sedikit cengkih
Bunga lawang
2 biji buah pelaga

Cara-cara

Tumis bunga lawang,cengkih,kayu manis dan pelaga hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan air rebusan
Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa, masukkan "butitr calong" atau  bebola ikan dalam kuah yang sedang mendidih

Hidangkan bersama tauhu putih, tahu kosong, tauhu inti ikan(kalau suka), daun bawang dan telur.

SELAMAT MENCUBA!!

Love,

 saya- Shuq xxooxx

Sunday, 23 October 2016

Cake shop- La Maison de Sabrina, Taman Tun Dr. Ismail

Ramai kawan-kawan yang baru dapat tahu Shuq buka cake shop dekat Taman Tun dan sibuk bertanya lokasi di mana diaorang nak datang. Dengan berat hati bagitau, cake corner dah tutup....

Hari tu sewa corner kecik dalam cafe kawan sekolah rendah Shuq tapi lepas 2 minggu kawan Shuq  tu kata dia tak sihat.Dia jarang dah datang kedai, masa tu Shuq pulak dah sibuk tengok anak sulung, Ariff nak SPM kat Pengkalan Hulu. memang agak kerap la travel time tu. To cut long story short, rupanya they had some internal problem.

Bila discuss dgn En. suami, to cut our losses , dia kata keluar jer la. Management pun dah decide nak bagi orang lain manage, diaorang ajar Shuq stay tapi macam rasa tak berapa best la pulak, rasa penat travel ke Taman Tun pun ada jugak..Tak per la....(mode pujuk diri sendiri)

Rasa sayu jugak, sedih pun ada sebab masa tu dah ada newspaper nak datang interview..tak per la nak buat macamana...takde rezeki..terpaksa la call balik wartawan, minta maaf dan cancel interview...

Walau lepas tu cafe tu tukar nama dan banyak drama buat shooting situ...sayu...tapi Allah lebig mengetahui apa yg terbaik utk kita.

Back to home based

Insyaallah

Love,

XXOOX

Saturday, 8 October 2016

Coretan buat anak-anakku

Allah is great, he will bestowed his blessing and rezeki as long as you berusaha and patiently take your steps slowly but steady....have faith..things will change..Insyaallah

Few years back 2010..kami jatuh terduduk..Papa kena tipu dengan rakan niaga dia Dato' R,yg juga merangkap cousin Papa... dari CFO, Vice President dan salah seorang Pengarah dalam salah sebuah syarikat Multimedia & IP TV terus tiada apa-apa.

Masa tu Mama dah VSS Telco biro, masuk Telco Pink...hari2 jauh kena drive ke office, bila dapat tahu mengandung,  alami alahan yang cukup teruk kali ni dibandingkan dengan abang-abang . Sebab tak tahan dengan alahan, Mama pun berhenti kerja....masa ni la baru banyak tembelang pecah.

Duit syarikat disonglap waktu arwah Tok Mama sedang sakit dan bertarung dengan kanser di hospital. Dato R berkahwin dengan pelakon N,

Papa terus juga bekerja tapi Mama dah mula bising, eh lain macam saja ni...kita kena ikat perut tapi Dato R dan Datin selalu pergi bercuti keluar negara, tukar kereta mercedes baru, anak-ank Dato R pula dibelikan BMW seorang satu. Mama cakap dekat Papa, eh...awak ni kerja utk support lifestyle diaorang ke?

Rupanya, syarikat dah berapa bulan tak bayar gaji, nasib la ada sikit duit VSS Mama, boleh la tampung sini sana, sampai satu tahap Mama message Datin N di FB, minta Dato R bayar la gaji  Papa, dah berapa bulan takde gaji, dah la ai tengah mengandung...well..tiada respond la obviously.

Nak tampung belanja harian anak2, kami pun niaga nasi lemak, nasi dagang dan kuih-kuih tepi jalan, depan rumah. Mama yg dah terboyot- boyot perut ni niaga. Papa kadang tunggu gerai bantu Mama.

Hati isteri mana yg tak sedih tengok suami yg dulunya pergi kerja , ada driver datang jemput di rumah, bilik ofis yg berhawa dingin , duduk meniaga nasi lemak tepi jalan. Hanya Allah saja yg tahu macamana perasaan hati ni.

Alhamdulillah Allah berikan Mama anak-anak yg sangat memahami, tidak meminta yg lebih2, sangat membantu..kalau kurang laku jualan pada hari itu, biasanya kawan-kawan anak2 ku ada yg datang petang-petang makan nasi lemak.Kami berikan percuma sahaja sebab tahu ada yg lebih susah dari kami ketika itu.

Ya Allah duga ku sekali lagi "duit" kurang. Dulu suami yg pertama  tinggalkan Mama dgn anak2 dan cari orang lain utk hidup lebih senang. Adakah Mama akan lalui sekali lagi dgn perut juga memboyot kali ini?

Alhamdulillah...tidak dengan Papa....He was with us all the way. Dia tidak berhenti berusaha mencari nafkah utk kita..Dia join Unit Trust Consultant, sedikit demi sedikit kewangan kami mula kembali stabil. Dah habis pantang, Papa dapat tawaran dari salah satu Syarikat Multimedia baru, sebagai salah seorang Pengurusan tertinggi, dia juga dapat tawaran satu projek perundingcara....Tak lama kemudian Mama  pulak dapat tawaran kontrak kerja di Telco Oren.

Mama sujud syukur. Mama sebenarnya sayang nak tinggalkan baby ni nak kerja balik , tapi demi anak-anak ku buat juga dgn hati yg berbelah bagi...Tapi Mama tak menyesal sebab banyak pengalaman, pelajaran baru, rakan baru yg Mama temui selepas ini

So....in future , semoga anak-anakku membaca coretan ku ini... 

Remember.....

To keep on walking...the climb will be hard..any road you take will not be easy..there will be challenges, sweat and tears along the way...

but..

Have Faith, teruskan usaha dan berdoa...

To my children..you are my pillar of strength...love you all to the moon and back




Friday, 3 June 2016

6 bulan sudah berlalu

Diam tak diam dah masuk setengah tahun berlalu...cepatnya masa berjalan macam banyak benda lagi tak sempat nak buat.

Ariff dah habis SPM, so ok lah sikit kat rumah...told him kasi can la 2 tahun Mama nak melepas rindu, 5 tahu duduk MRSM, bila kena tukar ke Pengkalan Hulu tu memang sedih la sikit sebab dah tak boleh nak visit selalu macam masa ka Kuala Kubu...so sambung belajar dekat-dekat jer la ya..sambil tolong-tolong Mama.. Ariff ok jer...masuk INTI  College, ada gang, sekali dgn Batrisyia, Aidil pun selalu datang lepak lepas habis IB exam...

Hari Ahad hari tu our UiTM Law classmate Hafiz Sabri meninggal...sedih juga sebab arwah ni sangat friendly, baik dengan semua orang...belum kahwin....So atas inisiatif Asha kat Perlis, tercetus la Whatsapp group Law '91. Ironic kan? Death do brings us togather....

Bila dah berkumpul, memang berdenting-denting la bunyi phone..excited sebab dah dekat 20 memasing tak jumpa each other. Tik tak sabar terus suggest impromptu get together dekat office dia on 1 June 2016. Siapa yg free boleh la datang...at least satu permulaan.....

So kami pun berkumpul la dekat office Eskayvie...yup Tik Boss Besar Eskayvie, also owner Kartika&Co. Memang dah terserlah business minded dia since belajar lagi..dia pun memang top in the class....memang wajar la kan successful business lady...

Anyway...memang kecoh la office Tik. I masuk dekat pintu depan pun dah boleh dengar kecoh suara mak-mak & ayah-ayah budak ni...hahahaha..I sampai lambat sikit, ada la pulak client call nak jumpa time yg sama dengan appointment kitaorang, mau tak kelam kabut mana nak jawab phone , mana nak siapkan dessert...fuhh!!! berpeluh ...nasib baik Ariff takde kelas and Haziq cuti sekolah..boleh la tolong

Seperti biasa  la bila dah jumpa.."makan, minum, gelak, imbau kembali,gelak lagi dan ambik gambar..." wajib tu kitaorang dari dulu lagi gila bergambor....

Cer tengok gambar-gambar ni...ada gaya mak-mak orang ke? takde nya Lawyer serious...semua macam kanak-kanak Ribena...Azwan memang dari dulu sentiasa buat lawak..












Memang best bila jumpa kawan lama ni.Datin Nita pun sanggup drive turun dari Ipoh....gegak gempita gelak sakan...Yang best Wawa boleh ingat setiap major event dan ayat-ayat lawak kawan2...memori yg sungguh kuat...

Paling tak tahan , dia boleh ingat Henry kata dia suka makan babi jeruk masa sesi kenal-kenal hari pertama masuk kelas...adusss...sakit perut gelak

I balik last sekali, Tik tahan dia kata sebab I datang lambat....

Tahnk you Tik, satu perkongsian yang hebat...Thank you bagi motivation bila I sedikit hilang arah..its good to be around positive people..

Semoga Allah permudahkan urusan kami....Ada Pelangi berganda petang tu masa on the way balik rumah...


Satu petanda baik ya tak? There's a pot of gold at the end of the rainbow... Allah bagi pelangi selepas hari human utk ceriakan kita.....

Till next posting...


Shuq



Wednesday, 20 January 2016

Ending 2015 with a bang


Hello 2016!!!

Cepatnya masa berlalu, tup tup dah tahun baru...

Every year people make new resolutions, my new year resolution is to complete my 2015 resolution...bahahaha

My kiddos was asking me, where are we going this year, where are we going to celebrate our new year...last year we went to London&Paris, they enjoyed the colourful lights very much...meriah...

"Are we going to see any fireworks? We never got to see any fireworks her...said Iddin my no 4 son...

"Ok lets plan to do that shall we?"....

So here we are, at Bagasta Boutique hotel in KL...spending our new year with family and friends, having large portion of western dinner, pulut mangga, sotong celup tepung, apam pisang bakar...etc etc...yum yum yum...

Wednesday, 11 November 2015

La Maison de Sabrina

One Friday afternoon, while I was calling my primary school friend asking her how she was because I saw her boutique closed, she popped the question, will you be interested to run the cakes and dessert section in her new cafe, she ask me to ask my hubby before we proceed.

It was so sudden and such a whirl wind, but it was something that I want to venture in the near future. ..so why not? Leap of faith? yup...Insyaallah semoga dipermudahkan urusan..

Simple deco for the display area


 Nina, Aizah and Sue came and give their support .yup it opened its door on the 5th October 2015. Thank you girls, you're the best!! I couldn't ask for    more.

First cakes, the all time favourite and my best seller, Victoria Sandwich cake and my Devils's Food Chocolate Cake .

I managed to get some support from my other fellow homebakers during our first week of business-
Mr. Choux from Rue de La Couture, Syasya from Dapdaplicious, Ayu from the Purple Kitchen. Putri from Butterfly cake and Fuzz from personal taste by Fuzz.
We had cakes, brownies, pastry, once-once cake, hummingbird, red velvet, cream puff, pecan pie and banofee pie.







Eda and her daughter came a few days later..Thank you Eda...
Chiller arrived few days later and I managed to whipped up some more dessert for the chiller and introduced new flavour to the cake lover in Taman Tun.

Ispahan pavlova, Ispahan cheesecake, speculoos cheesecake, passionfruit cream brûlée , banana cream dessert, bread&butter pudding with vanilla sauce, twiggies, cuppies..

There will be more and more variety of cakes, dessert and even nyonya kueh coming soon...

Stay Tune!!

Love,

xx00xx





Monday, 15 June 2015

London- Paris Dec 2014

Rasa penat tapi srronok....tengok luar tingkap rumah Rozai..rasa amannya...old people walking by...Rozai's housekeeper is around today..breakfast roti and we're getting ready to hit Winter Wonderland in Hyde Park.

Senang betul...bas ada lulu depan rumah, so we just hop on the bus to the train station....sampai station, that particular station tutu because ada some renovation work so we had to board a bus to the next station...ok jugak pusing2 tengok kawasan....

The train lalu Arsenal stadium tapi budak2 ni mcm tak berminat pulak nak pergi...nak pergi manchester, that would be another 2 hours journey....(depa ni dah nak balik baru nak singgah Aresenal stadium but it was kind of late already)...

Sampai HydePark pagi so orang tak ramai lagi....pergi la WinterWonderland...seronok budak2 masuk the Ice Kindgdom...Sufia menagis kesejukan..cant imagine kalau snowing macamana budak2 ni...I was so not fit..so cepat penat and we balik awal..Rozai terkejut sebab balik awal sgt...Haziq teman Rozai keluar beli KFC and the kids enjoyed it so much....Aku...hahahaha..Rozai kata nak aja pergi Selfridges beli chocolate tapi aku dah terlentang kepenatan...hahahaha..

Next day, the plan was to go Portobello Road. Rozai and Ish decided to bring us...so we went to Bukingham Palace, The park, Big Ben and Tower of London...KFC for lunch...then off to Portobello road...It was cool...I managed to get what I want there.Ish bawak Luqman&Iddin jalan2 with Aiden and Zachariah elsewhere while we shopped. Fruits was so damn cheap, we bought fruits to eat during the journey, I check out Hummingbird Cake and then we're off to the bus station...

We didn't managed to visit Harry Potter's studio because there was no available tickets during the time that we want and we also didn't managed to get Eurostar ticket for that day..or else we had to stay in London for another day and tak sempat pulak nanti nak jalan2 Paris.

We took the ekspress bus..orang ramai..maybe sebab ramai orang nak balik kampung during the Christmas break...Queue to Amsterdam was so long...i lupa something and Rozai spoke nicely to the ticket counter man and we managed to board our bus...Well..maybe everybody was in Christmas spirit...so it went well...

The ekspress bus ada wifi and plug to charge your phone..so takde la boring sangat.. we had to came down the bus masa kat border to chop our passport...nasib le I person..the officer terlupa nak chop mine....fuhhh...lega..nasib baik sempat tengok...

Naik bas semula...then..tak lama tu naik ferry...semua passenger kena turun dari bas and duduk dalam Ferry. Dalam Ferry ada cafe, starbuck and duty free shop...the kids were sleeping, then sampai France we naik bus balik and then sampai bus station....So its either taking the train or naik taxi...I decided to hail a taxi and we got a Kanggoo..muat semua barang and I guess sebab awal pagi..taxi driver sumbat jer semua satu kereta...

Yay...arrived safely in Paris  at 7.00 am at Rue de Doc Blanch....picit loceng sampai Sue turun...soooo happy to see her....whether was cold but manageable...

Seronok la budak2 jumpa geng..mak-mak berdua ni apa lagi...memang suka la sangat!!! Supaya tak buang masa, semua get ready nak jalan2 Eiffel Tower...mandi, makan...the bigger boys pergi dulu untuk cup tempat and beli ticket nak naik Eiffel tower...

Sue and me...sembang jer.....and the next journey began..naik metro Paris....Sue dah bias jalan...aku ni la penat giler...London train ada jugak lift, a little bit child friendly, but metro Paris semua tangga..memang susah la kalau bawa stroller..Sampai Eiffel tower, kitaorang yg tak lepas naik..ticket dah habis...the boys dah naik dulu,,,so tinggal la Iddin, Sufia and Aiqal...Ada Christmas market so we lepak kat bawah makan....Gypsy ramai berkeliaran...dia boleh dgn selamba jer dating ambil fries kita tengah makan...sabor jer la...

We had hot chocolate while waiting for the boys to come down..masa tu la ada polis kejar these street vendors kulit hitam...one of them actually langgar Aiqal..tercampak terbang, but the guy was fast and tangkap balik Aiqal and put him down.. The police dapat tangkap dia sebab dia stop to catch Aiqal...after a while they actually let them go...maybe sebab orang ni ada hati perut to stop and catch Aiqal masa nak jatuh...

Nest we ll jalan to oppose street tengok Christmas market dual mcm2...beli la beg skit( dah tu mensal tak beli these vintage tin sebab konon nak datang balik) Anyway..Ariff dia buat gedik dia..jpergi la tengok Gypsy ni buat trick batu bawah tin tu...geram betul...bila dah mcm tu ada pulak gypsy pompuan ni follow dia....memang mama dia menyinga jugak la....

We all plan nak jalan to tunnel tempt Lady Di accident...pastu,,, tetiba I rasa sakit perut memulas nak poop...owh1Dang!!!! berlari tepi Sungai Seine tu ok...untuk ke Public toilet automatic...bila beratur tu rasa dah nak terburai isi perut...yg pompuan memang sombong la tak nak bagi...nasib ada satu lelaki ni bagi laluan...dapat masuk jer toilet..leegaaaaa....fuhhh....nasib sempat...tak lama lepas tu..Ariff dok panggil2 suruh cepat...rupa2nya..pintu toilet tu akan terbuka sendiri lepas 20 mins and self clean....perghh..nasib baik lagi sekali..dah settle...Itu la kenangan kat Paris yang tak dapat I lupakan sampai bila2 .,....hahaha..

Balik rumah i dah lembik...mana taknya...macam berlari marathon cari toilet....berpeluh2 tengah winter tu...kakakakaka...terus tidur tak sedor diri....and bangun pun dah petang..Sue gelakkan aku terkekeh kekeh...sabor jer la...

Malam dia masak nasi lemak and goreng ikan pekasam...sedaaapppppp....esok nak pergi kelas pulak...


Saturday, 11 April 2015

13 Jam A380

Teringat cerita tulisan Evelynrosemissiman bila masuk ke perut kapalterbang ke London...Di mana Hana Sofea bertemu Syed Haydar....Tapi I takde le nak jumpa Syed Haydar sebab gerabak anak-anak dah berderet...hehehehe..

Bila jalan ke tandas tu, tengok tangga ke tingkat atas kapalterbang, teringat juga la bait-bait tulisan dalam buku tu..di mana Syed Haydar dan Hana bercerita, berangan-angan..tapi kami dok economy class bukan business class macam dalam cerita tu...

Alhamdulillah perjalanan was smooth, pramugara & pramugari MAS memang first class layan kami walau kami ni dok kat kelas ekonomi jer...Our seats pulak dekat pantry tengah, memang senang nak minta apa-apa from them especially air...Memang excellent la customer service MAS, sebab I minta seats dekat2 because I have 5 kids with me...

Temperature in London was good, not so cold according to the steward named Syed, dalam 13 degrees , last few weeks it was colder.. Masa dekat nak sampai tu..kami breakfast nasi lemak...sadly memang nasi lemak bogel macam Chef Wan cakap...but for us asal boleh alas perut, we're ok...the steward gave the boys a box of juice bekal utk minum nanti...ahhh...it was so nice of him...so funny when he said " anal-anak baju kotak-kotak...dah ready nak ke London?"

Luqman, was so funny...he changed his jacket and wear his army print jacket, green beanie...siap couple mat salleh ni ambil gambar... cute la with all his attire....Abang dia usik nanti kat airport orang ingot terrorist kena than baru tau..."...

Alhamdulillah sampai Heathrow semua lancar...risau jugak la dengan botol kicap, gula, santan  bagai kat dalam beg ni kan....

Masa check passport kat Immigration..Officer lelaki, muka madam, serious jer..( typical English look and manners)

officer " coming here for a holiday?"

me: yes....

officer : " staying at....(looking at the declaration slip) ..mmm..Winchmoore hills...husband did not follow you? "

me: yes..only me and the children....

sekali tu dia gelak...." and he paid for all ...Happy Holidays!!!"

Lega siuttt......

Yay!dah sampai ...

Kepenatan dan mengantuk




Bila check out, the kiddos pergi wash up skit kat airport, berus gigi etc...lepak guna wifi nak tengok jalan..dah checkout, sebelum nak train, beli dulu souvenir dekat the shop and all the halal food, roti, nasi beryani at the Pakistani shop siap2..next nail train ke London, sebelum Rozai habis kerja to pick us up.Simpan ben kat station and we all jalan.
So pusing2 Kota London naik hop on hop off, mak aiii jet lag puny pasal kami tertido dalam bas...nasib baik le naik bas hop on hop off kalau tak dah ntah mana-mana agaknya...ada one time tu kami stop...kena angin bertiup...brrrrrrrr..sejukkkkkk....

Dalam pukul 4pm dah gelap kat London, we managed to check out Harrods, budak2 dah lapar tapi tak nak makan muffins or roti so pening jugak la....beli barang skit, naik train dekat Knightbridge..(baru dapat bearing so dekat jer rupanya station...bahahaha) and kami balik to St.Pancras..ambil gambar dekat Harry Potter shop and we had drinks and bread sementara tunggu Rozai.

Sampai rumah Rozai, we all had sphagetti for dinner...lega.....so happy to see Rozai and Ish....love their house..sembang skit with Rozai and discuss with her how to go about tomorrow...

Tomorrow...Lets hit Winter Wonderland at Hyde Park


Wednesday, 8 April 2015

The Da Vinci Code Trail.

Cerita memang macam agak basi dah sebab Dec last year punya cerita...but still nak jot down jugak...

Macam cerita Da Vinci Code..Life is a mystery..we would never know what will turn up at the end of the corner. You wake up one day and wallah!

There's always hiccups and bumps, kita merancang Allah yang menentukan...Sue ,my very best friend for more than 20 years called me up from Paris one day..(she's currently based in Paris for 5 years after Sweden)

Sue:"Hey you! bila nak datang melawat we all ni?I tak tahu sampai bila kat sini..You know la MAS with its current condition we're not sure where will be our next posting or we will have to go back to Malaysia for good..you're not working full-time dah..no excuse takde cuti...meh la lawat I..."

Me: "mmmm...yalah MAS is having a promotions, return tickets to Paris is not even  RM3k per person..let me kecek Iman la how..(Iman is my Mr. Hubbybear by the way...)

Sue:"Alah..boleh la ..You need the holiday break ..and I miss you..jom la...U boleh temankan I pergi Moulin Rouge, masa Aizah datang hari tu tak sempat la...we all beratur puny la lama and bila sampai our turn, we found out kena beli tickets online... Kita plan masa my kids cuti break for Christmas and before my annual "me" time balik Malaysia"

Told my Hubby our plan and told him sambil sambil tu boleh la tengok2 how orang Paris business patisserie, macaron ni..boleh pergi belajar sekali...Hubby was reluctant ..siap bertekak ok...sedih jugala..

One morning..bangun pagi nak siap anak-anak Mr.hubby cakap " U pergi la jumpa Sue kat Paris...and bawalah anak-anak sekali!...macam kena bom kegembiraan ok pagi tu...disbelief giler ah....dia kata pergi la sort out passport anak-anak...

Dua -tiga hari lepas tu Mr. hubby cakap pulak..." I nak hangar Ariff & Naza pergi Istanbul & Menzil dengan group.Mus ada sekali, they will wakil me this coming conference....wah wah....lagi satu surprised!!...Told my parents about it but there were non too happy about it...(will write about this later...haahahaha)

So start la busy prepare ...First siap barang-barang Ariff. Dia pergi Istanbul dulu pastu baru join us .Kecoh la skit, maklum la kami ni semua tak pernah pergi holiday oversea...Winter clothes, jackets, mcm2 nak kena siap....(giddy giddy..)

Nina another friend called one day.."hey nak pergi jumpa Sue eh?You come over my house la and pick up some winter clothes for Sufia your daughter, my daughter Julia dah outgrown hers...

Rezeki...orang kata..can be in any form..

Satu pagi lagi... Mr. Hubby " Yang..You bawa la anak-anak pergi Disneyland sekali, dah alang-alang pergi Paris...and you might consider pergi London sekali..." nanti give me the costing....I ada la duit skit..Tak tahu bila lagi ada peluang boleh pergi..."

Rasa nak tercabut jantung terkejut kegembiraan...Alhamdulilahhh....syukur syukur....

Told Sue the good news, tanya dia nak pesan bawa apa..mula-mula dual mahal..told her, tak susah pun ..I ada 2 big boys to help me carry, I boleh bawa byk barang compare to dia balik sprang nanti nak bawak stock food from Malaysia...so Sue pun bagi la list dia....hehehehe...

The next day dapat whatsapp from Rozai in London..

Rozai " You're coming to Paris? datang la London sekali...stay at my place one or two nights."

me: "Segan la nak tumpang your house with me and kiddos...ramai ni..."

Rozai : : You jangan nak mengada, we all dah biasa...Is's family and my family selalu datang lepak..You make sure you datang, nanti I terasa and kecik hati..."

Me; "ok..Insyaallah...

Kids passport ready, documentation, process nak keluar, get approval letter semua...kursus dah confirm dates semua....ticket nak beli ... tinggal my passport, terlupa ada kat Kuantan (duhhh!!!) Yor my bro had to send via bus to me (nasib baik la adik officer kat logistic company...hik hikhik...). Dah dapat passport..pergi la Putrajaya..nak renew..nak jadi cerita puny la ramai....tiba my turn...

" Kak, datang ambil esok kita dah nak tutup.."

Ternganga and dah nak nangis situ jap...alamak takkan nak datang balik?satu jer pun...so I minta tolong sangat dekat the officer in charge...dia kata tunggu kejap dia dapatkan approval..sebab dah sangat la nak dekat time tutup dah..Panic dah ni....muka pucat dah....Alhamdulillah...few minutes tu the officer datang with my passport....last person to leave the Immigration office for the day...syukur...Balik terus final leg siap-siap...6 botol besar kicap kipas udang, gula, santan, sardin untuk Sue dah siap pack dalam beg...hahahaa...

London and Paris...Here we come...Alhamdulillah..Thank you Allah for the opportunity..Thank you Encik Suami for making my dreams came true..







Thursday, 18 September 2014

Baking Tips- covering a cake with fondant

Would like to share a few tips from last week's class at MAC (Mad About Cake)

1. Bake the cake 2-3 days ahead ( personally I would prefer to bake the cake fresh..but it would be a long night or no sleep at all..)

2. DO NOT use sponge cake- it will sink. Bake a solid butter base cake, red velvet, vanilla, chocolate cake etc..even Victoria Sandwich

3. Crumb cake a day before and leave it in the chiller (bake malam, biar sejuk,pagi2 ban gun and crumb coat cake, letak dalam chiller dalam 30 mins to an hour punk..)

4. You can use the store bought fondant or you can DIY your fondant. If you DIY your fondant, do it a day earlier and leave it in the chiller (do cover with cling wrap)- once ready to use, de-frost in microwave about 10 sec.

5. Make sure the cake is in room temperature before you cover the cake with fondant...kalau tak berpeluh you...

6.Usually we use cornflour tak bagi fondant melekat tapi fondant cepat keras, so this time around Chef Zam ajar guna icing sugar especially yang DIY.

7. Uli fondant bagi lembut.Jangan tekan tapi roll the fondant, dah dapat size yang dikehendaki..cepat-cepat cover cake and board dia sekali.

7. Best to crumb coat with buttercream or ganache- avoid using fresh cream or cream cheese for coating/frosting.

NOTE: Difference between gum paste and fondant

Gumpaste- slightly expensive. lebih kenyal, guna utk buat bunga coz it can really stretch nipis for the petals

Fondant- to cover cake, modelling, figurines, etc. Add CMC, typos or gum tarragath to stabilise the fondant (bagi fondant cepat kering)

#notakaki- kena beli roller besar utk gelek fondant..senang nak cover

Hugs!

Wednesday, 17 September 2014

Buttercream

Bila pergi kedai baking...tengok barang2 baking ni ada macam-macam...kita pun bukan tahu sangat apa kegunaannya..dengar la orang bercakap crisco, krimwell,cmc.tylose...nganga jap....but lama-lama bila dah kenal ramai homebakers, chef2 ni...baru la tahu sikit2...what are these for...but at times I still confuse thou...whta I should this "A" rather "B".

Dalam buku recipe- Martha Stewart ke, Peggy Porchen ke, Nigella ke Tish Boyle, Rachel Allen...semua resepi guna butter- pure butter, salted or unsalted + icing sugar + vanilla for buttercream..

Then suddenly I came across in few blogs, FB posting in Malaysian resepi guna "Krimwell' as buttercream?hurrmm...camner tu?apa sebenarnya krimwell ni?

Lets take a shot with this recipe then...

350 gram krimwell
150 gram buttercup
250 gram icing sugar
2 tsp vanilla essence/1 tsp extract

Whipped buttercup and krimwell well and then add in the icing sugar spoonful by spoonful, add in the vanilla essence/extract and walla! ready to use..

#Notakaki- personally I don't really use Buttercup for buttercream...I use Buttercup for my biscuits only...

Wednesday, 10 September 2014

21 days challenge

Me and encik hubby ada la skit age gap dalam 8 tahun...so ada la skit generation gap..I ni zaman rock kapak dia zaman 70's...anyway..kalau nak ikutkan..myself ni memang merentasi zaman sikit..Dulu masa mula2 kerja tahun 90an, it was unheard of pasal outsourcing ni, but I already did that..register myself dengan masa tu ada Kelly Sevices nama lain...Business Trends ada la 2-3 yang famous.Register your name there and tanya la job apa available yg nak pakai orang temporary or short term contract. Tapi masa zaman tu orang ingat kita tukar2 kerja...padahal kerja contract sementara tunggu dapat permanent. I still do that, ambil law tapi buat kerja macam advertising la, event la...live life the fullest.

But I'm glad sebab all those experiences buat kita banyak exposure, jumpa ramai orang and dapat belajar macam2..I ni sedikit free spirit while my encik suami dia sedikit old school...but  most important we compliment each other...gaduh tetap ada la..tipu kalau tader kan...

Mula2 dulu encik hubby agar sceptical dengan flexi hours, outsourcing and social media ni tapi lama-lama bila dia faham..dia yang banyak guna pulak..so macam2 la aktiviti dia...now I pulak kena take a back seat...hehehee kasi can la.....

Pagi ni sembang2 dengan encik suami fasal anak2, fasal kerja dia, kerja ai..next step nak buat apa. Dah habis discuss, hantar dia kat pintu sperti biasa la kiss kiss muah muah..sambung kerja...

Hari ni terjumpa pasal 21 day challenge atau cabaran 21 hari. Dulu Encik Suami ada cakap buat kerja 100 days then it became a habit...so sebelum kita take the 100 days challenge, kita buat dulu 21 days challenge ni ...

Selama 21 hari ni 

1. Bangun pagi jam 4.00 am pagi...(masa bulan puasa boleh, naper la tak teruskan...ish ish ishh),
2. Baca 100 ayat Al-Quran
3. Zikir 1000 kali tiap-tiap hari
4. Solat Dhuha
5.Update blog, page ,instagram, blogwalking, komen, baca kat semua group business dalam FB

Buat 5 ni dulu...boleh tak rasanya??...Insyaallah caiyok caiyok

Tuesday, 9 September 2014

Baking Journal series- Coral Beach Cake

My own  Coral Beach Cake..


I have to keep on learning and keep myself updated and equipped with more technique and knowledge to be a better homebaker. Search the net and you will find Chef, Bakers & culinary schools offering classes to working adults.

So, here I am, enrolled myself in a basic fondant class , decoration and air brushing class. I learn to cover the cake board, dowelling, air brushing the cake, royal icing drawings and a lot more...with Chef Zam from Mad About Cake

Actually, I was contemplating to join the class but the moment I saw Syahir Sepet aka Encik Kek from group Deko Deco Kek  (DDK) is joining & then Syasya..so I decided to join as well...ni la masa nak berkenalan dengan orang2 muda yg berjaya ni..


First time uli fondant sampai sakit tangan and lenguh berdiri...no chairs this time around except time nak lukis royal icing..It was fun fun fun...Chef Zam kelakar...we all semua teruja guna air brush..itu belum sesi bertukar pengalaman, ada cerita yg Chef  yg nak ambil kesempatan sebab En Kek ni famous, ya la walaupun umur dia muda tapi follower ramai...yang bercerita owner yang boutique yang ada attitude walau u bayar sews kedai nak letak barang..wah macam-macam la...Anyway, my aim for next class?jeng jeng jeng...tunggu.....




Monday, 8 September 2014

Sugar Flowers


Dah lama nak belajar buat bunga sugar flowers ni...its either kelas penuh, or the timing was not right.
Sekali tu..blog walking cari edible pearls big size tether jumpa la this place...apalagi bila cakap dengan Big Boss aka Encik Suami, dia bagi green light! yahoo!!!

I suka crafty arty stuff ni tapi bila bab-bab buat bunga ni, gubah bunga ok tapi bila buat bunga, memang la I ni keras tangan..sejak dari dulu lagi kalau tolong mak ambil order buat2 bunga ni...memang surrender awal2..asyik tak jadi jer....

So inilah setelah sekian lamanya memberanikan diri...untuk kembali membuat bunga...not bad..not bad at all....berpeluh2 jugak la I menguli fondant tu...

I was so lucky to get to know these group..one of them actually hails from India, a producer turned home baker..

So lepas ni..dah boleh ambil order...hehehehe..

HUGS!

Sunday, 7 September 2014

Sponsor cum free promo untuk grand opening butik Ashhannas

Bila dah berbisnes ni teringin ler nak promo skit business.

Ye la..you have to start somewhere kan? tak kira la ada yang mengeji or mengata...Anyway, I have been following this photographer Annas Eskay on FB and then Instagram...& since sejak azali I memang suka sgt dgn boots, I follow Fashion Republik KL.giler fun boots dia...

Ada la announcement kat Fashion Republik KL depa nak buka butik Ashhannas..nak buka peluang siapa baker2 nak sponsor makanan. So, I just try my luck & whatsapp le...lama tak respind ingat takde dah peluang...sekali tu 2 hari sebelum grand opening depa WA..ok la...jalan jer la...

I prepare la cupcakes, congo bars, mini cheesecakes & banofee pie..in return..they give free shout out & Annas akan ambil gambar food kita sponsor...ok la kan...

Hari yang di nanti dah tiba, pagi tu terlewat skit pulak...sampai sana........waaa..terkejut!!! ramainyer orang beratur......nasib pergi dgn Ariff my son..so dia naik letak my bakes kat atas & balance yg I bawa tu bagi kat Ashh...rupanya dia ni adik Annas...
Ni cuppies yang I sponsor, orange cuppies,apple crumble cuppies,mini oreo cheesecake&mini blueberry cheesecake

Letak jer congo bars tu...chas cus...habisssss....nak ambil rasa dari baker lain pun tak sempat...habisssss...sekelip mata......terus kosong pinggan2 kat situ...owh! tidak....ingat nak naik la tengok skirt ke hapa kat atas....Ariff kata tak payah la Ma..tak muat nak jalan naik tangga pun...

Me & Ashhry of FRKL

Beberapa hari lepas tu, depa WA minta buat cakes and bakes yg kita sponsor tu utk Annas ambil gambar..happy la...dapat jumpa famous photograper..lupa nak bagitau dia ni photographer favourite Cik Ta, Rozita Che wan....

Ramai jugak yg bawak mcm2..ada jugak yg lambat dtg...cream cheesecake ku cair sbb tunggu lama sgt....redho jer la...sambil2 tu berkenalan la dgn baker2 lain...Yatt from Yatter cake...dah dok situ lama kitaorang kecek le Ashh nak tgk boots...yg pada masa tu belum di update kat Instashop dia....rambang mata..tapi since kaki ai ni besor saiz nyer...memang limited choice jer la yg boleh beli....terpaksala puas kati dgn apa yg ada walau ikut hati nak colour lain..

Saturday, 6 September 2014

Self service laundry


Friends dalam whatsapp group day bercerita fasal self service laundry ni, mula-mula Mantoi..asyik check in jer, pastu Jerry promo yang dekat Bukit Antarabangsa, last sekali Shireen call bagi tau Melawati dah ada satu...bila kena time catuan air tu renyah jugakla nak membasuh kain&jemur..kena hari panas ok..kena redup...ampaian kat belakang rumah pun tak cukup...
memang bagus juga ada sebab kdg2 bila balik trip ke kampung ke travel ke...kat situ ada "huge" washing machine terus basuh 24kg sekali...

Anyway, bukan nak cerita pasal business ni, tapi nak citer betapa excited nyer my kiddos especially yg kecik2 ni bila nak pergi buat self service laundry..tergedik2...sibuk la nak try..






Friday, 5 September 2014

Eton Mess



Teringat the 1st time makan benda alah ni...Masa tu my bestie Sue was based in Sweden& she came back for a break in Malaysia. So janji nak meet up with Nina at Apartment KLCC.

Nina had eton mess, dia bagi ras and I was hooked from that day onwards.I love the light pavlova mixed with cream and fruits..yummeh! Tried the pavlova in Alexis after that....sedap giler...love love love this..Kalau hari yg crave for pavlova or eaton mess I can just start the car and go get it! Masa based dekat TIME.com Glenmarie..sanggup bawa kereta pergi Bangsar Alexis beli..ever since that I search the net for the recipe..so here goes..my kids love them too!!

4 egg whites
160 gm caster sugar ( I reduced the sugar from the original recipe)
1 tsp of vinegar
2 tsp cornflour

Whisk the egg whites till soft peak, about 3-4 minutes, add the sugar spoonful by spoonful- go slow...no rush..then bila dah habis gula tu, whisk at medium high ( about 4-6 minutes) till ada peak, and the egg whites dah bertukar jadi lembut& berkilat.

Scrap the bowl,  add in the vinegar& the cornflour and whisk for another about 2-3 minutes. Since my first attempt of doing pavlova was to refer to kitchen guardian's blog, so I drew an 8" circle on the baking paper as well and did a meringue nest. Bake in the oven for 1 1/2 hour at 120C. Dah siap biar jer dia sejuk dalam oven tu.

Dah siap tu, I pecah2 kan and campur with the cream and fruits...

Untuk cream ni...I have love hate relationship dengan whipped cream, the diary ones..one extra whipped and they turned to curd...mula2 tu hantam saja labu...letak atas pavlova..pastu keluar air...bahahahaha lawak kan?after that day pandai skit...

Later tanya otai otai baker- rupanya guna non diary kalau nak tahan lama..well....I prefer the fresh cream...its not as sweet so it balance out the sweetness of the sugar in the pavlova, the cream and the fruits..

#Nota kaki


  • bowl jangan berminyak, lap bersih2 nanti putih telur tak kembang
  • putih telur jangan ada sikit pun kuning telur (tapi kadang-kadang ada jugak skit yang termasuk so I just scrape jer dengan kulit telur or sudu..)
  • basuh telur
  • panaskan oven 150C-180 C - bila nak masukkan meringue nest/pavlova tu turunkan suhu oven ke 100C-120C..kalau suhu lagi rendah lagi lama nak masak..tapi kalau nak pavlova yg putih gebu memang suhu dia rendah jer& masak dia lama..and harga pun mahal la.....

Hugs!

p/s: please excuse the auto correct